Senin, 11 Oktober 2010

Sejarah perkembangan komputer


Sejarah perkembangan komputer

  1. ARIF ICT e-kiosk Sejarah Perkembangan Komputer Oleh: Azmi Ramli (25/4/2010) Sejarah perkembangan komputer telah berkembang sejak 6 dekad yang lalu..Sejarah perkembangan komputer ni boleh dibahagikan kepada 4 Generasi…Ia bermula dengan –>Abakus atau sempoa dianggap sebagai sejarah komputer terawal. Berasal dari Asia…Banyak digunakan di negara cina dan jepun beribu2 sebelum masihi..Ia digunakan bagi pengiraan dimana sebiji manik atau menggegarkan sempoa mewakili nilai sesuatu pengiraan. –>1600 - John Napier telah menemui alogaritma dimana ia langkah pertama dilakukan oleh bangsa eropah dan menghasilkan jadual log pertama [Log Tables] pada tahun 1614. –>1620 - Robert Bissaker telah mencipta mistar gelongsor [Slide Rule], pengguna boleh mengira dan menyelesaikan sesuatu pengiraan yang rumit dengan pantas berbanding secara manual. –>1642 - Blaise Pascal, satu ahli matematik Perancis dan ahli falsafah, mencipta kalkulator mekanikal digital , dipanggil Pascaline. Tujuan beliau cipta untuk membantu ayahnya, seorang pegawai percukaian di perancis. Walaupun mesin ini boleh melakukan tambahan dan penolakan di semua nombor, ianya mahal dan cuma beliau saja je boleh baiki. –>1694 - Gottfriedd Leibnitz telah mecipta kalkulator yang lebih berkesan dari Pascaline…Walaupun pengiraaan yang dihasilkan oleh mesin nie tepat tapi terdapat masalah dan amat sukar bagi menghasilkan mesin ni –>1812 - Charles P. Babbage, “Father Of Computer“… Ia adalah titik perubahan di dalam sejarah komputer… Beliau telah merekabentuk sebuah mesin, enjin beza [Different Engine] yang berkuasa wap, berfungsi outomatik dan diperintah oleh satu program arahan tetap. Dalam 1833, Babbage berhenti mengusahakan mesin ini untuk menumpukan pada enjin analisis [Analytical Engine]. –>1820 - Joseph Jacquard memperkenalkan kad-kad kemasukan atau input utk mesin enjin analitikal [Analytical Engine]. –>1840 - Augusta Ada. “The First Programmer” mencadangkan bahawa satu sistem perduaan mestilah digunakan untuk tempat penyimpanan kurang daripada satu perpuluhan sistem… –>1850 - George Boole membangun “Boolean” logik dimana banyak digunakan dalam rekabentuk litar komputer. –>1890 - Dr. Herman Hollerith memperkenalkan elektromekanik [Tabulating Machine] dengan menggunakan kad-kad yang diperkenalkan oleh Joseph Jacquard , kad tebuk memproses data mesin ini digunakan untuk membanci bagi mengumpul maklumat untuk 1890 U.S. Penjadual Hollerith’s telah berjaya dan beliau telah memulakan perniagaan sendiri dan memasarkannya. Pada tahun 1911 Hollerith’s Tabulating Machine Company telah bergabung dgn dua lagi syarikat dan pada 1924 mereka telah menukarkan nama syarikat kepada International Business Machines Corporation [IBM] yang menjadi gergasi dunia komputer pada masa kini. –>1906 - tiub vakum direka oleh Ahli fizik Amerika Lee De Hutan. –>1939 - Dr. John V Atanasoff dan penolongnya Clifford Berry telah mencipta komputer digit elektronik pertama. –>1941 - Konrad Zuse dari Jerman, telah memperkenalkan komputer aturcara pertama direka bagi menyelesaikan persamaan kejuruteraan yang kompleks…Mesin ini, dipanggil Z3, adalah yang pertama sebagai ganti sistem penduan kepda sistem perpuluhan.. Lepas tu, sejarah komputer dibahagikan kepada 4 generasi Generasi Pertama [ 1942 - 1959 ] Generasi Kedua [ 1959 - 1964 ] 1
  2. Generasi Ketiga [ 1964 - 1970 ] Generasi Keempat [ 1971 -1999 ] Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun 1940. Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya : www.familiazam.com Generasi Pertama (1940-1959) Generasi Kedua (1959-1964) Generasi Ketiga (1964-1980) Generasi Keempat (1980 - Sekarang) Generasi Kelima (Masa Depan) www.familiazam.com GENERASI PERTAMA Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan trajektori agar pantas dan tepat yang sebelum ini sering melakukan kesilapan. Saiznya amat besar dan dikelaskan sebagai Kerangka Utama (Mainframe). www.familiazam.com Ia menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol kecil. Ia cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di kawasan sekeliling. Tiub Vakum ENIAC Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu ENIAC (Electronic Integrator And Calculator) telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain (analog). Ia mempunyai ingatan yang disimpan diluar komputer dengan menggunakan suis dan wayar. ENIAC hanya digunakan oleh ahli sains dan jurutera terlatih sahaja. www.familiazam.com Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep Aturcara Tersimpan (Stored Program Concept) telah dicadangkan oleh John Von Neumann yang menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi melakukan tugas pemprosesan dan storan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang dimasukkan di dalam tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih ekonomi namun terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia adalah komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan. www.familiazam.com Dr. John Mauchly dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) yang juga ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data perniagaan pada tahun 2
  3. 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat. www.familiazam.com GENERASI KEDUA Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan. www.familiazam.com Bahasa peringkat tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang sukar. Ia menjadikan pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer untuk melatih kakitangan mahir. Famili kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih murah berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM (International Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090 dan 7094. GENERASI KETIGA www.familiazam.com IBM memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu System/360. Ia mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan banyak ciri-ciri baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua stesen-stesen mampu melakukan proses serentak. Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula. www.familiazam.com Mikrokomputer, jenis terkecil dalam famili komputer.
    by www.wikipedia.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar